Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SELAMAT DATANG KE WEB BLOG MAJLIS ALUMNI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Sabar Menanti

>> Friday, December 17, 2010

*Ini penulisan peribadi 
Terlalu banyak konspirasi dan kata-kata angin yang bercerita mengenai khabar posting. Tapi aku juga antara orang yang cukup teruja untuk mengetaui bila tarikh sebenar psoting. Sekurang-kurangnya graduan pendidikan IPT tahu yang mereka akan posting lambat. Boleh la cari kerja dahulu. Ni tiada pembayang mahupun pembatang. Ada yang berkata macam-macam. Tidak kurang yang mesej jai yang bertanya dan lagi hebat yang jai tanya orang lain.

Ada yang kata :

  1. Posting bulan 6. Sebab nak sahkan MQA dengan JPA.
  2. Posting bulan 1. 28hb ni boleh cek.
  3. Ada yang kata bulan 1 tapi lewat sikit. Mungkin membawa ke bulan 2
  4. Ada yang cakap tak posting langsung
Siapa yang cakap no 4 tu memang akan dipukul habis-habisan. Ye la duk 5 tahun setengah kat IPG tak posting nak jadi apa. Jual ais krim.

Kalau lambat posting aku pun nak jual aiskrim. Boleh tak. 

Mula-mula kena la cari tapak. Ala-ala tapak ekspo la. Baru best nak jual ais krim.
Dah jumpa tapak boleh la jual ais krim macam pak cik ni. 3 scoop terus. RM 3.50. Ok tak?


Cantik kan ice krim yang aku jual. Macam-macam warna ada. Belang-belang pon ada. Semua murah-murah. Talak mahal maa.
Bila ice krim dah cantik baru la pembelinya pun cantik. Macam cik adik ni.
Bila hati dah berkenan jumpa lah ayah dan mama. Sebab perniagaan ais krim aku maju maka parent dia tak menolak. Bertuahnya.
Itu sahaja nukilan berangan aku yang nak gila tunggu cerita posting dan seangkatan dengannya
read more "Sabar Menanti"

Aksi Budak Terlampau di Harian Metro

>> Wednesday, December 15, 2010

*Pandangan Peribadi Jailani Bin Mohd Yusoff

Dah baca surat khabar Harian Metro hari ini tak? Kalau belum baca lagi anda patut membacanya. Video seks adik-beradik berumur 11 tahun (lelaki) dan 13 tahun (perempuan) mula tersebar ke seluruh negara. Sila ambil perhatian. Bukan nak suruh anda semua cari dan download video ni. Perhatian yang lain saya maksudkan. Video yang dirakamkan di salah sebuah hotel atau motel di negara ini telah dirakam oleh orang ketiga. 

Gambar dari Harian Metro
Betapa up to date anak-anak kecil pada hari ini yang bertingkah lagak seperti orang dewasa. Kalau dulu-dulu cuba meniru pakaian orang dewasa, selepas itu cuba meniru cara percakapan, selepas itu pula cara pergaulan. Inilah akibatnya bila salah bergaul. Tindakan seterusnya ialah menggauli. 

Main lastik lagi best
Apabila anak remaja yang sepatutnya bermain konda-kondi, ting-ting, serta melastik burung telah bertukar permainan ini pasti membimbangkan semua orang. Tapi kepada siapa kita ingin menuding jari. Tempias pada guru dan sistem pendidikan negara pasti ada. Sistem pendidikan di Malaysia telah mencuba sahabis baik untuk menangani masalah sosial di kalangan remaja walaupun ada sedikit kekurangan. Kita masih belum membalut sepenuhnya sistem pendidikan negara dengan Al-Quran.

Mungkin sudah tiba masanya kita menyadur penuh bukan sekadar kulit sahaja sistem pendidikan negara dengan Al-Quran
read more "Aksi Budak Terlampau di Harian Metro"

Janda Dalam Perguruan

>> Tuesday, December 14, 2010

Salam 1 Malaysia buat semua warga pendidik Malaysia. Sudah bersediakan rakan-rakan PISMP ambilan Januari 2007 untuk menggantung tanggung jawab sebagai guru bermula Januari 2011 nanti. Tinggal beberapa detik sahaja lagi kita semua kan mendapat respons dari Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai penempatan guru permulaan 2011. Persoalan pokoknya sudahkah kita bersedia? Lama atau tidak bukan persoalannya kerana menjadi guru permulaan ini ibarat seperti JANDA DI TENGAH MASYARAKAT. Maaf dengan istilah ini. Mengapa JANDA. Sinonim dengan janda biasanya masyarat lebih mudah memantang enteng akan kehadiran guru muda dengan beberapa persoalan dan pertikaian serta sedikit cabaran. Situasi ini sinonim dengan janda yang terjelepok di tengah masyarakat.

Cantiknya cikgu ni. Anak dara ke janda?
Sudah menjadi kebiasaan majoriti masyarakatakan memandang serong kepada janda dan sekiranya berlakunya sedikit kesilapan yang dilakukan oleh mak janda pasti dengan pantas akan ada tukang canang untuk mencanag kesilapan itu sleuruh negeri. Ini sekadar satu pandangan berdasarkan beberapa pemerhatian bukanlah fakta mati. Begitu juga dengan guru permulaan. Sudah pasti akan menjadi bualan setiap pelosok masyarakat sekolah. Jika ada berlaku kesilapan hingga ke mak cik kantin akan tau perkara ini. Memang itu perkara biasa jika kita masuk ke tempat orang. Ye la kata peribahasa masuk kandang kambing mengambek, masuk kandang harimau? MENGUCAP. 


Namun kejandaan guru permulaan ini hanya bersifat sementara. Apabila guru permulaan itu dapat membuktikan kebolehannya berpencak di kelas maka tamatlah tempoh kejandaan tersebut. Apatah lagi sekiranya guru permulaan tersebut dapat mencairkan diri dalam masyarakat guru. Pandai membawa diri dan merendah diri. Sopan santun dan tutur kata dijaga. Pasti tempoh kejandaan tersebut lebih pantas berakhir.

Kita yang menentukan berapa lama kita akan menjadi janda dalam dunia pendidikan. Sama ada lama atau kejap semuanya bergantung pada kita. Sikap jelekit yang menunjangi diri akan menjadikan kita melalui tempoh penjandaan yang sedikit. 


Sudah bersedia untuk menjadi janda?
read more "Janda Dalam Perguruan"

Guru dan Stress

>> Saturday, November 13, 2010

Pengenalan

Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan minda dan badan seseorang dalam bertindakbalas kepada permintaan terhadap dirinya. Fontana (1989) pula memberi definisi tekanan sebagai permintaan yang dibuat ke atas keupayaan penyesuaian minda dan badan seterusnya menjelaskan sekiranya keupayaan seseorang itu dapat menangani permintaan itu, makan tekanan itu akan mendatangkan kesan yang positif. Kesedaran tentang perlunya menguruskan tekanan ini digambarkan dengan kajian-kajian yang banyak dijalankan sama ada di dalam ataupun di luar negeri. Antara kajian tersebut ialah Nelson dan Sutton (1990) dan Jung (1995) di Amerika Syarikat; Cooper dan Kelly (1993) , Abouserie (1996) dan Cockburn (1996) di United Kingdom; Chan dan Hui (1995) di Hong Kong. Di dalam negeri pula telah dijalankan oleh Noor Azzuddin (1990), Noriah (1995), Abu Omar (1996) dan Ungku Norulkamar (1997). Kebanyakan kajian yang dimaksudkan adalah berkaitan langsung dengan persoalan tekanan di kalangan guru-guru.

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) adalah kebolehan mengekalkan hubungan yang harmoni dengan orang lain, ‘kebolehan dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk menyumbang khidmat kepada masyarakat’ (Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Malaysia, 2000). Apabila seseorang itu berhadapan dengan stres, sudah tentu ia akan gagal untuk berfungsi dengan baik di dalam masyarakat. Menurut kajian yang dilakukan oleh Institute of Stress di New York, Amerika terdapat 90 peratus daripada lelaki dewasa mengalami stress yang kuat sekurang-kurangnya dua kali seminggu, manakala 25 peratus lagi mengalami stress setiap hari.

Gold dan Roth (1993) menggambarkan status profesion perguruan masa kini dianggap mempunyai tiga keadaan negatif, iaitu keadaan yang tekanan, moral guru yang rendah dan perletakan jawatan (mungkin bukan dalam keadaan kegawatan sekarang). DiMalaysia, persoalan tekanan di kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian ilmiah, malah ia menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) menunjukkan guru-guru mengeloh terhadap kerja-kerja rutin guru seperti menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan dan harian. Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu berjauhan denga keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang berat (Borneo Post, 1996).

Gold dan Roth (1993) menyatakan bahawa salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan (Zakiah Binti Arshad, 2003). Sebagai pengurus pembelajaran, guru perlu merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar setiap hari Esah Sulaiman (2003). Antara faktor-faktor yang menyebabkan stres guru ialah depersonalisasi, kejayaan diri, ketandusan emosi, lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja. Depersonalisasi ini adalah merujuk kepada keadaan emosi seseorang guru seperti cara melayan pelajar dan macam mana seseorang guru itu mengatasi masalah pelajarnya. Kejayaan diri merujuk kepada cara seseorang guru untuk mencapai kejayaan untuk melihat pelajarnya mencapai keputusan yang baik dalam pelajaran. Ketandusan emosi pula merujuk kepada perasaan guru yang kuat dalam menjalankan tugas tanpa merasa marah, sedih dan bersifat sentimental. Persekitaran kerja juga mempengaruhi guru dalam menjalankan tugas harian mereka antaranya keadaan persekitaran kelas, kemudahan alat bantu mengajar dan alat kelengkapan yang lain untuk memudahkan perhubungan guru dan pelajar.

Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984). Maslach & Jackson (1981) telah memperkembangkan konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji. Maslach & Jackson (1981) menerangkan bahawa kelesuan emosi merujuk kepada perasaan kelesuan fizikal dan emosi dan perasaan bosan akibat daripada tekanan kerja dan kekangan-kekangan masa harian. Depersonalisasi pula merujuk kepada pembentukan sikap yang negatif dan respons yang dingin terhadap orang lain (contoh: pelajar, rakan sejawat) di tempat kerja seseorang. Ia disebabkan oleh interaksi yang terlalu kerap dan tidak berhabisan antara seorang individu dengan orang lain di tempat kerjanya. Manakala pencapaian peribadi merujuk kepada perasaan kehilangan harga diri dan perasaan kurang mencapai dalam pekerjaan. Ia disebabkan oleh kurang penghargaan dan maklumbalas yang positif.

Maslach dan Jackson juga menerangkan bahawa konsep burnout bukan satu dikotomi tetapi merupakan satu kontinum. Ini bermaksud kita tidak boleh mengklasifikasi seseorang itu sebagai "sudah burnout" atau "tidak burnout" tetapi kita hanya boleh mengatakan bahawa tahap burnoutnya terletak di antara "lebih burnout" dengan "kurang burnout". Harus juga diingat bahawa ketiga-tiga jenis (subskala) burnout tidak boleh digabungkan untuk menjadi satu ukuran (skor) burnout yang tunggal (Maslach & Jackson, 1981; Iwanicki & Schwab, 1981; Byrne, 1992). Ini kerana ketiga-tiga subskala ini merupakan konsep burnout yang berlainan dan tersendiri. Oleh itu, setiap orang tidak mempunyai satu skor burnout yang tunggal tetapi tiga skor burnout, satu untuk setiap subskala.

Friesen (1986) melaporkan bahawa tekanan (stress) kerja merupakan peramal yang signifikan untuk burnout guru.Hipps & Malpin (1991) mendapati satu hubungan positif yang kuat antara tekanan kerja dengan burnout. Mo (1991) pula mendapati bahawa guru yang mengalami lebih tekanan juga mempunyai tahap burnout yang lebih tinggi. Oleh itu, jelas kedua-dua tekanan dan burnout adalah saling berkait. Ini menyebabkan ramai orang keliru dan sentiasa menganggap bahawa kedua-dua konsep ini merupakan perkara yang sama. Akan tetapi walaupun mempunyai hubungan, kedua-dua fenomena inimerupakan konsep yang berlainan dan tersendiri. Sebagai contoh, Farber (1984) menjelaskan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan tidak semestinya akan mengalami burnout. Selain itu, Selye (1976) menerangkan bahawa terdapat dua jenis tekanan iaitu eustress ('good' stress) dan distress ('bad' stress). Manakala distress dan burnout adalah saling berkait, eustress dan burnout merupakan konsep yang bertentangan. Ini kerana eustress membawa kebaikan contohnya, dengan membuat sesuatu tugasan itu lebih mencabar dan lebih merangsangkan, manakala burnout tidak mempunyai ciri yang baik langsung. Sebaliknya, burnout hanya memburukkan lagi masalah yang dihadapi oleh seorang individu atau sebuah organisasi. Oleh itu, jelas bahawa kedua-dua konsep tekanan dan burnout tidak boleh disama ertikan.


Punca Stress/burnout

Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi:-

Punca professional

1. Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk memenuhi kurikulum pendidikan.
 
Punca peribadi

1. Kesihatan

Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.

2. Perhubungan

Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

3. Kewangan

Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.

4. Taraf hidup

Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5. Aktiviti riadah

Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).


Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

 
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan lima faktor atribusi terhadap masalah stress/burnout. Faktor- faktor tersebut ialah:-

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)
b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills).

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya. Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.


Penutup
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah (1994) keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru. Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa kepada gangguan emosi di tahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997). Tugas guru merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Disamping kerja-kerja yang dinyatakan, guru juga perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000). Kenyataan ini disokong oleh Newton dan Newton (2001) yang mengatakan guru perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dalam kelas. Polloway, Patton dan Serna (2001) juga mengakui kepentingan kemahiran sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih pelajar dalam kemahiran sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh keadaan emosi guru.

read more "Guru dan Stress"

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP