Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SELAMAT DATANG KE WEB BLOG MAJLIS ALUMNI IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

Sabar Menanti

>> Friday, December 17, 2010

*Ini penulisan peribadi  Terlalu banyak konspirasi dan kata-kata angin yang bercerita mengenai khabar posting. Tapi aku juga antara orang yang cukup teruja untuk mengetaui bila tarikh sebenar psoting. Sekurang-kurangnya graduan pendidikan IPT tahu yang mereka akan posting lambat. Boleh la cari kerja dahulu. Ni tiada pembayang mahupun pembatang. Ada yang berkata macam-macam. Tidak kurang yang mesej jai yang bertanya dan lagi hebat yang jai tanya orang lain. Ada yang kata : Posting bulan 6. Sebab nak sahkan MQA dengan JPA. Posting bulan 1....
read more "Sabar Menanti"

Aksi Budak Terlampau di Harian Metro

>> Wednesday, December 15, 2010

*Pandangan Peribadi Jailani Bin Mohd Yusoff Dah baca surat khabar Harian Metro hari ini tak? Kalau belum baca lagi anda patut membacanya. Video seks adik-beradik berumur 11 tahun (lelaki) dan 13 tahun (perempuan) mula tersebar ke seluruh negara. Sila ambil perhatian. Bukan nak suruh anda semua cari dan download video ni. Perhatian yang lain saya maksudkan. Video yang dirakamkan di salah sebuah hotel atau motel di negara ini telah dirakam oleh orang ketiga.  Gambar dari Harian Metro Betapa up to date anak-anak kecil pada hari ini yang bertingkah...
read more "Aksi Budak Terlampau di Harian Metro"

Janda Dalam Perguruan

>> Tuesday, December 14, 2010

Salam 1 Malaysia buat semua warga pendidik Malaysia. Sudah bersediakan rakan-rakan PISMP ambilan Januari 2007 untuk menggantung tanggung jawab sebagai guru bermula Januari 2011 nanti. Tinggal beberapa detik sahaja lagi kita semua kan mendapat respons dari Kementerian Pelajaran Malaysia mengenai penempatan guru permulaan 2011. Persoalan pokoknya sudahkah kita bersedia? Lama atau tidak bukan persoalannya kerana menjadi guru permulaan ini ibarat seperti JANDA DI TENGAH MASYARAKAT. Maaf dengan istilah ini. Mengapa JANDA. Sinonim dengan janda biasanya...
read more "Janda Dalam Perguruan"

Guru dan Stress

>> Saturday, November 13, 2010

Pengenalan Tekanan merupakan satu pengalaman yang lumrah dalam kehidupan manusia. Setiap manusia tidak dapat lari daripada tekanan yang boleh berpunca daripada peristiwa-peristiwa dalam kehidupan baik dalam bentuk fizikal, sosial dan psikologikal. Kesan tekanan ke atas seseorang individu banyak bergantung kepada ciri-ciri dan sikap individu itu bagaimana untuk mengatasinya. Smither (1994) menakrifkan tekanan sebagai respon fisilogikal dan psikologikal ke atas permintaan terhadap seseorang. Schafer (1992) mendefinisikan tekanan sebagai kebangkitan...
read more "Guru dan Stress"

Kod Etika Guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur.4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat,...
read more "Kod Etika Guru"

5 Sebab MBMMBI Dilaksanakan

>> Friday, November 12, 2010

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran semalam mengemukakan lima sebab bagi menjawab persoalan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilaksanakan pada 2012, bukan pada 2010 seperti didesak beberapa pihak.Lima alasan itu berkaitan penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepada guru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmal Bahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata tempoh yang panjang juga...
read more "5 Sebab MBMMBI Dilaksanakan"

Dasar Pendidikan Kebangsaan

 Latarbelakang Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian...
read more "Dasar Pendidikan Kebangsaan"

Modul Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)

>> Wednesday, November 10, 2010

Dasar pendidikan negara telah berubah apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah ditukar kepada Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR). Perubahan ini selaras dengan hasrat negara yang mahu membina pelajar ke arah modal insan yang cemerlang di samping mengambil kira aspek teknologi maklumat dan komunikasi. Justeru itu bahan ini disediakan bagi memastikan guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan telah bersedia ke arah perubahan ini apabila mula bertugas pada bulan Januari nanti.  ...
read more "Modul Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR)"

Falsafah, Visi, Misi IPG Kampus Sultan Mizan

FALSAFAHMemartabatkan guru sebagai agen pembina generasi dan negara bangsa serta menjadi sebuah organisasi pendidikan yang cakna kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan VISIUntuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan keguruan MISIMenjana dan menyebar ilmu keguruan menerusi pembelajaran, pengalaman dan penyelidikan demi pembangunan pendidikan keguruan ke arah pembentukan negara bangsa LIMA TERAS STRATEGIK IPG KAMPUS SULTAN MIZAN1 Memperkasakan kualiti latihan keguruan2 Membudayakan penyelidikan dan inovasi3 Membudayakan sumber manusia4 Melengkap dan menaik taraf infra dan antostruktur5 Berkongsi...
read more "Falsafah, Visi, Misi IPG Kampus Sultan Mizan"

Pengenalan IPG Kampus Sultan Mizan

PENGENALANPerancangan Perancangan pembinaan Maktab Perguruan Besut Terengganu bermula pada akhir 1990. Perletakan batu asas dan kerja-kerja pembinaan bermula pada 1996. Perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM57.1 juta. Tarikh penggunaan sebenar ialah pada 1 Januari 1999. Dirasmikan oleh DYMM Sultan Terengganu pada 10hb Okt. 2002. Pada 10hb. Okt. 2002 nama Maktab Perguruan Besut ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, Terengganu. Pada 6hb Mei 2006, nama Maktab Perguruan Sultan Mizan, telah ditukar nama kepada Institut Perguruan Sultan...
read more "Pengenalan IPG Kampus Sultan Mizan"

Kerangka Standart Guru Malaysia

  Pengertian Standard Guru Malaysia Standard Guru Malaysia ialah pernyataan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru (Standard) dan pernyataan aspek yang patut disediakan serta dilaksanakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan (Keperluan). Asas Penentuan Standard Dan Keperluan Perincian Standard dan Keperluan adalah berasaskan kepada aspek yang berikut: Misi Nasional Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripada pembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama seperti...
read more "Kerangka Standart Guru Malaysia"

Logo Majlis Alumni IPG Kampus Sultan Mizan

Warna Kuning Warna Diraja. Tanda taat setia kepada Raja-Raja Melayu GlobPemikiran global ke arah kecemerlangan pendidikan negara Daun MerahKeberanian dalam menjalankan tugas sebagai pendidik Latar HitamUnggul dalam setiap tingkah laku Go To The Next Level Pembelajaran sepanjang hayat ...
read more "Logo Majlis Alumni IPG Kampus Sultan Mizan"

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 PendahuluanModal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk...
read more "Pelan Induk Pembangunan Pendidikan"

Madah Pembukaan

Assalamualaikum Salam pembukaan dengan rasminya Blog Majlis Alumni IPG Kampus Sultan Mizan dibuka. Blog ini dibuka sebagai salah satu medium rasmi Alumni IPG Kampus Sultan Mizan yang dikendalikan sepenuhnya oleh graduan Ijazah Sarjana Muda pertama keluaran IPG Kampus Sultan Mizan. Dengan adanya blog ini diharapkan dapat mengekalkan hubungan di antara 96 orang guru pelatih IPG Kampus Sultan Mizan dengan pihak IPG dan seluruh guru keluaran IPG Kampus Sultan Mizan. ...
read more "Madah Pembukaan"

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP